Sunday, May 13, 2012

perkahwinan ini.......

sejak aku kahwin bila bergaduh aku sentiasa berharap perpisahan akan berlaku...aku tahu permintaan itu suatu dosa yg sukar diampunkan. Sejak aku berkahwin aku rasakan aku telah fkr ini adalah yg terbaik untuk ku tp secara tak sedar aku dapatkan rasakan perasaan cinta yg aku bina selama nie telah pergi pada org lain dan sikap suami ku yg sentiasa lari dr masalah membuatkan aku lagi bosan hidup dgn dia..tp bila fkr perpisahan aku sentiasa fkr siapa akan hntr ku pergi kerja....rupanya hidup aku masih dibayangi dia. aku dapat rasakan aku hidup dgn suami ku hanya kompemi..berdosanya aku kerana mendera perasaan suami ku kerana diriku...dan kenapa aku masih mengambil berat ttg seseorg aku patutnya tgglkan...aku tak mahu teruskan permainan perasaan nie...mungkin aku perlu mencari ruang dalam hidup ku...mungkin itu juga aku tak memberi rezeki cahaya mata padaku...aku perlu bercuti seorg diri utk cari ruang dlm hati ku....tp bila itu akan berlaku...aku pasti akan cari masanya...YA ALLAH BERILAH AKU PELUANG UNTUK BETULKAN SEMUA INI..AKU TIDAK MAHU HIDUP KU DIPEGARUHI SYAITAN YG INGIN MENYESATKAN AKU....

Tuesday, March 20, 2012

Matlamat ku....

Rasanya dah lama aku tidak mengupdate blog aku nie...byk yg berlaku pada aku dalam masa 2 minggu nie...aku terpaksa tukar tmpt dan tukar Exec tp sbnrnya tu semua byk mengubah aku bila aku duk jauh dari kawan2 ku. Bila duk diakhir garisan nie aku mula memikirkan usaha yg perlu aku lakukan utk memulihkan prestasi kerja ku yg selalu ke bawah..aku perlu bangun untuk keluar dari kepompong nie...
aku perlu belajar benda yg lain agar aku jauh dr department nie...aku bkn lupa diri hingga tidak kenang yg aku bermula dari sini tp aku perlu terus mengorak langkah dan tidak pandang ke belakang tp cuba baiki apa yg perlu dibaiki agar aku boleh keluar dari zon ini....

Tuesday, February 28, 2012

Dalam Kenangan...Dir

Sejak hari sabtu lepas aku menonton rancangan memperingati arwah sudirman..Aku sebenarnya bila ada rancangan yang menceritakan sejarah perjalanan penyanyi tersohor itu membuat aku menangis kerana tanpa tahu apa punca dan sebabnya arwah menghilangkan dan setahun kemudian tahu2 sakit tenat..walaupun aku masih kecil masa tu tp aku bangga dan suka pada lagu2 nya yg takkan luput dari ingatan ku...cerita2 org yang menyatakan dia terkena jangkitan aids kerana perhubungan songsang..itu semua mengarut..walaupun apa penyakit nya sekarang sudah lbh 20 thn dia pergi dengan aman. Semoga rohnya dicucuri rahmat...AL -Fatihah

Monday, February 20, 2012

haruskah aku buat keputusan ini....

Semalam aku dah berbincang dengan suami tentang hasrat ku untuk berhenti belajar sebab aku tidak dapat memberi masa ku pada suami ku dan keluarga. Bila lama bercuti aku dapat merasakan aku memerlukan mereka lebih dari menghabiskan masa dengan menumpukan pada pelajaran. aku tahu perlu mencari ilmu hingga akhir hayat tp aku dapat rasa ilmu dalam dada ku pun masih penuh disamping pengalaman kerja yang aku dapat sejak aku mula berkerjaya. Aku tidak sepatutnya lari dari tanggungjawab ku pada ibu dan ayah serta keluarga mentua ku. Mereka memerlu perhatian ku dan suami. Aku tak rasa menyesal kalo terpaksa menarik diri dari meneruskan pelajaran. Pahala yang menanti ku jika berbakti pada orang tua..aku rela lepaskan semua kerana mereka.

Thursday, January 12, 2012

Masa Depan...

Aku perlu memmikirkan masa depan ku dan family. Aku telah memikirkan dari tahun lepas berkaitan dengan apa yang aku ingin lakukan terutama bila aku mengambil keputusan untuk mengambil EDHRM. Seterusnya aku perlu memikirkan apa yang perlu aku lakukan selepas habis belajar adakah aku ingin jadi seperti dulu semasa aku baru abiskan diploma, semasa itu aku seperti hilang arah tak tahu apa pekerjaan yg boleh aku lakukan tp kini aku telah rancang segala2nya semoga apa yg aku rancangkan dalam jangkaan 2 tahun akan berlaku....Aku tak mampu berada di department ini terlalu lama kerana aku tak nak berada dalam keadaan selesa sahaja tanpa ada cabaran. Aku perlu mencipta masa depan yang baru. YA ALLAH tolong rahmati apa yang aku ingin lakukan agar ia akan berjalan dengan lancar dan berjaya.......

Thursday, January 5, 2012

Lagu Kebangsaan

Semalam bila aku sampai di rumah, jiran di sebelah rumah ku lagu kebangsaan. Pada masa tu dengan sepontan aku menjawab dah lama tak sekolah dah ingat..Apabila aku fikir2 semula adakah bila tamat sekolah bermakna kita akan lupa apa sahaja yang berkaitan dengan sekolah terutama lagu kebangsaan@aku sengaja melupakan lagu kebangsaan yang dulu dinyanyikan semasa perhimpunan sebelum masuk kelas. Dari semalam aku memikirkan apakah makna lagu kebangsaan lagi pada diriku SEBAB waktu sekolah kita akan dipaksa menyanyikan lagu kebangsaan setiap hari tapi apabila tamat sekolah kita bebas dari lagu2 patriotik. Itu sbb lagu2 patriotik tak penah lekat dalam fikiran.

Monday, January 2, 2012

Apakah makna tahun baru pada ku....

Setiap tahun mesti akan menjelma tahun baru yang menandakan kita sudah sampai ke hujung tahun 2011 dan masuk ke alaf baru 2012. Setiap orang yang menyambut nya mesti ada azam yang baru tapi bagi ku tahun nie seperti aku melalui hari2 biasa tanpa ada azam. Aku dapat merasa tahun baru apabila hari ini adalah tarikh lahir suami tersayang yg ke 35. Walaupun hari-hari berlalu byk mengecewakan aku kerana masih tidak dapat mengandung tapi azam tahun nie aku nak memiliki cahaya mata..Aku akan terus berusaha tanpa putus asa tapi apa2 pun semua ketentuan Allah swt. Aku sentiasa redha apa yg ditentukanNya.